BERJALAN JUGA BOLEH BUAT ANDA SIHAT!!
Jika anda sukar untuk bersenam atau ke gimnasium. Anda boleh lakukan hanya dengan berjalan. Berjalan adalah mudah dengan tambah jarak berjalan dalam sehari seperti parking lebih jauh dari destinasi, naik turun tangga, ringankan tulang berjalan ke meja rakan sepejabat berbanding menelefon atau tawarkan diri untuk hantarkan pekeliling pejabat adalah antara cara mudah untuk lebihkan langkah.
Selain itu, jadikan rutin berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan. BOLEHKAH JIKA BERJALAN DI SHOPPING MALL? ia boleh dikira (tetapi anda sukar berpeluh oleh kerana penghawa dingin). Jom lihat mengapa berjalan juga baik untuk kesihatan dan kebaikannya untuk tubuh secara keseluruhan.
Baik untuk otak
Berjalan meningkatkan kadar endorfin dalam otak, ia adalah kimia “gembira” yang boleh membuat anda rasa kurang stres dan hilangkan rasa lesu. Menurut laporan kajian di sebuah universiti, mereka yang kemurungan mendapati diri lebih tenang dan ceria hanya selepas berjalan santai selama 10 minit.
Baik untuk kulit
Seperti semua senaman kardio, berjalan membuatkan jantung aktif dan memperbaiki aliran darah. Jadi apabila aliran darah baik, kulit yang juga organ terbesar pada tubuh menerima darah yang kaya nutrien untuk kesihatan optimum.
Baik untuk jantung
Hanya 30 minit berjalan lebih dari tiga kali seminggu akan menurunkan tekanan darah. Rutin berjalan mampu untuk mengurangkan kebarangkalian penyakit jantung bagi wanita dan sama efektif dengan senaman harian.
Baik untuk tulang
Secara tidak langsung, berjalan menggalakkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Dan aktiviti berjalan turut membantu menguatkan sendi serta mengukuhkan saraf.
Baik untuk imunisasi
Dengan hanya berjalan selama 45 minit lima kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan demam selesema. Sesi berjalan yang menggalakkan aliran darah yang sihat membantu sel darah untuk melawan virus dan bakteria dengan lebih cepat dan berkesan.
Wah...banyak kebaikan dengan berjalan betul tak?
Share jika suka dan bermanfaat untuk anda!