COKLAT BAIK UNTUK KESIHATAN


Manfaat coklat bagi kesihatan :

1. Anti depresi, kerana coklat memiliki bahan dasar : Theobromine (600 mg) Yang dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung. Caffeine (70mg) dapat berfungsi sebagai anti depressant. Serotonine (3mg) Merupakan anti stress neurotransmite. Tyramine (2mg Dari Amino acid)

2. Memperbaiki fungsi kerja jantung, dengan kandungan flavonoid didalamnya. Coklat juga mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah

3. Meningkatkan fungsi seksual. Berdasarkan penelitian di Milan coklat dapat menaikkan fungsi seksual pada pemakan coklat dari pada yang bukan pemakan coklat.

4. Coklat dapat mengubati batuk. Menurut para ahli zat kimia yang ditemukan dalam coklat lebih baik dalam menyembuhkan batuk dibanding ubat batuk. Hal ini didasari pada sebuah senyawa yang disebut theobromine yang dapat mencegah batuk.

5. Coklat melindungi dari kanser. Coklat mengandung tingkat polyphenols yang tinggi, senyawa yang ditemukan dalam makanan yang berasal dari tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu melindungi dari penyakit serius seperti kanker.

6. Coklat melindungi dari stroke. Sebuah penelitian di Universitas California mengungkapkan coklat dapat membantu mencegah pembekuan darah, sesuatu yang dapat membantu pesakit terkena stroke. Para peneliti mengatakan coklat memiliki pengaruh yang sama dengan aspirin yang dikenali sebagai antipembekuan darah.

7. Coklat mencegah tekanan darah tinggi. Penelitian baru-baru ini menemukan senyawa yang terdapat dalam coklat dapat mebantu mencegah tekanan darah tinggi kerana coklat kaya flavanol, sejenis antioksidan yang dapat melacak dan menghancurkan kimia berbahaya dalam tubuh yang menyebabkan penuan dan berpotensi pada penyakit serius.

8. Coklat kuatkan tenaga batin. Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab.

9. Coklat tidak merangsang pertumbuhan jerawat. Penyelidik Fakulti Perubatan Pennsylvania dan US Naval Academy mengatakan mengonsumsi coklat asli tidak menyebabkan jerawat atau memberi apa-apa kesan kepada keadaan kulit. Malah, kebanyakan doktor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.

Inginkan kapit berperisa coklat? Dapatkan Yummy Kapit




CARA MENARIK SARAPAN ROTI

ANDA DAH SARAPAN PAGI? 
sarapan pagi adalah penting untuk kesihatan..
Jom kita cuba cara baru hidangan sarapan roti telur tanpa minyak

Amacam menarik tak?
Selamat mencuba~

Share cara ni kepada kawan2..

TIPS PUTIHKAN GIGI

Malu ingin bergaul kerana gigi berwarna kuning? 
Gigi kuning selalunya terjadi akibat pengambilan kopi, teh dan faktor pemakanan lain. Bahkan jika gigi tidak dijaga, potensi untuk mendapat penyakit gusi dan gigi tentunya lebih tinggi.
Dengan cara mudah mengamalkan pemutihan gigi di rumah juga boleh menjimatkan waktu dan duit berbanding jika dilakukan di klinik pergigian dengan kosnya yang agak tinggi untuk memutihkan gigi.

Jom lihat cara mudah putihkan gigi di rumah!

Makan sayur dan buah
 Tahukah anda bahawa buah epal, daun saderi, lobak merah adalah antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh memutihkan gigi anda? Makanan segar yang rangup ini membantu membersihkan kotoran pada lapisan enamel gigi. Bahkan dengan pengambilan buahan dan sayuran rangup ini meningkatkan banyak air liur kerana air liur penting dalam melindungi gigi dari kaviti yang berpunca dari bakteria.

lemon & baking soda
Gunakan perahan lemon dan baking soda untuk memberus gigi. Campuran kedua-dua ini sangat efektif dalam memutihkan gigi di rumah. Namun, jangan gunakan ia terlalu kerap dan jangan biarkan ia berada di lapisan enamel gigi lebih dari seminit kerana ia boleh merosakkan gigi kerana faktornya sebagai bleaching.


Menu keju
Kudap keju selepas hidangan makan tengahari atau makan malam kerana ia mengandungi susu protein, kalsium dan fosfat yang membantu enamel gigi kekal kuat dan ia melindungi gigi dari kaviti.


Berus gigi dengan strawberi
Strawberi mengandungi vitamin C yang membantu dalam melindungi dari plak gigi dan asid malic dapat membuang kotoran pada dinding gigi. Lumat strawberi dan sapukan ke atas gigi dengan menggunakan berus gigi dan biarkan ia selama lima minit. Kemudian kumur dengan air setelah selesai.


Berus dan flos gigi kerap
Kerap memberus dan flos gigi dapat mengekalkan senyuman yang menawan di wajah anda dengan gigi yang putih berseri. Sebaiknya setiap kali selepas makan.

Like & share jika suka :)

OH! JERAWAT!



5 Fakta Menarik Tentang Jerawat

1. Mengimbau kembali kenangan jerawat pertama yang biasanya tumbuh dalam beberapa hari sebelum menstruasi pertama anda.

2. Tidak berhenti disitu, ketika usia remaja (sekitar 13 – 17 tahun) proses matang sedang berlaku dan sesetengahnya bakal mengalami lambakan jerawat yang tumbuh.
3. Kebiasaannya, tangan kita akan cenderung untuk memicit dan mengopek jerawat ketika bersendirian. (Jangan amalkan tabiat ini kerana ia akan meninggalkan kesan parut pada wajah!)
4. Jika jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) pada wajah kurang dari 30, jerawat berada dalam kategori jerawat ringan dan normal.
5. Mencuci muka dua kali sehari mampu mengurangkan risiko pertumbuhan jerawat pada wajah.

Ingin wajah yang lebih cerah dan putih - Klik Sini

Share jika suka!


KENAL MAKNA WARNA


Pilihan warna memang pelbagai. Dalam kehidupan seharian kita perlu membuat pilihan mengenai warna baju, warna peralatan, warna untuk cat dinding, warna kereta, warna kasut, warna sarung telefon bimbit mahupun warna yang digunakan untuk dokumen komputer. Walaupun anda ada warna kegemaran tidak semestinya ia sesuai untuk digunakan di dapur atau perbentangan di bilik mesyuarat. Jom kita liha kategori warna dan perkaitannya dengan persepsi untuk anda jadikan rujukan apabila membuat pilihan warna nanti.

Carta warna terbahagi kepada tiga kategori iaitu warna-warna sejuk, warna-warna panas dan warna-warna neutral. Mari kita lihat kekuatan serta kelemahan setiap warna dan apa maknanya.

RONA SEJUK - himpunan rona ini punyai efek menenangkan. Jika digunakan secara solo, rona kumpulan ini tampak dingin dan tidak mesra tetapi apabila digabung bersama rona lain boleh menaikkan tahap keceriaannya.
BIRU
(+) ketenangan, sayang, setia, selamat, kepercayaan, kebijaksanaan
(-) dingin, takut
HIJAU
(+) duit, pertumbuhan, subur, segar, pemulihan
(-) dengki, cemburu, bersalah
UNGU
(+) bangsawan, mulia, spiritual, mewah, cita-cita
(-) misteri, moody
FIRUS
(+) spiritual, pemulihan, perlindungan, sofistikated
(-) iri hati, feminiti
PERAK
(+) glamor, berteknologi tinggi, gemalai, berkilat
(-) berkhayal, tak ikhlas

RONA PANAS – rona dalam kumpulan ini mempunyai tahap keterujaan yang tinggi. Tetapi jika digunakan solo boleh menggalakkan emosi seperti amarah dan keganasan. Apabila memilih rona panas ini, cuba gabungkan bersama warna dari kumpulan lain untuk seimbangkannya.
MERAH
(+) cinta, tenaga, kuasa, kekuatan, ghairah, hangat
(-) amarah, bahaya, amaran
MERAH JAMBU
(+) sihat, gembira, feminin, belas kasihan, manis, gurau senda
(-) lemah, kebudak-budakan
KUNING
(+) terang, tenaga, cahaya, kreativiti, intelek, gembira
(-) tak boleh diharap, tidak stabil
JINGGA
(+) keberanian, keyakinan, mesra, sukses
(-) kejahilan, muram
EMAS
(+) kekayaan, maju, berharga, tradisional
(-) tamak, mengelamun

RONA NEUTRAL – kumpulan rona ini adalah gabungan rona sejuk dan panas. Ia bagus sebagai rona latar yang membangkitkan warna terang lain. Kesemua rona dalam palet neutral ini serasi dengan kombinasi mana-mana kumpulan warna menjadikannya ia kunci kepada  gabungan.
PERANG/COKLAT
(+) mesra, alam semulajadi, panjang umur
(-) konservatif, suruhan
BEIGE
(+) boleh diharap, fleksibel, rangup
(-) bosan, lembab, konservatif
KELABU
(+) keselamatan, boleh diharap, bijak, padat
(-) suram, sedih, konservatif
HITAM
(+) perlindungan, dramatik, kelas, formaliti
(-) maut, kejahatan, misteri
PUTIH
(+) kebaikan, kesucian, asli, segar, mudah, bersih
(-) musim dingin, sejuk, renggang

Ok..harap dengan artikel ini, anda sudah boleh memilih warna yang sesuai untuk berfesyen, dekorasi rumah dan sebagainya. 

Kredit - Canteq Cantiq

Share kepada rakan-rakan anda